Soalan lazim
Dikemas kini 16 November 2026
Draf untuk semakan klien. Teks ini contoh sahaja dan perlu disemak sebelum kedai dilancarkan.
Bagaimana cara membeli?
Pilih barang dan saiz, tekan Tambah ke troli, kemudian Bayar. Isi nama anak dan PASTI anak anda, pilih cara penghantaran dan bayar dengan FPX atau DuitNow.
Perlukah saya mendaftar akaun?
Tidak. Anda boleh membeli sebagai tetamu. Akaun memudahkan anda melihat semua pesanan dan menyimpan alamat.
Bagaimana saya tahu saiz yang sesuai?
Buka Panduan saiz di halaman produk. Ukur badan anak dan bandingkan dengan jadual. Jika di antara dua saiz, pilih saiz yang lebih besar.
Bila barang sampai?
Untuk Ambil di PASTI, guru akan maklumkan bila barang sampai. Untuk penghantaran ke rumah, biasanya 3 hingga 5 hari bekerja selepas bayaran diterima.
Bagaimana menyemak pesanan?
Buka Semak pesanan dan masukkan nombor pesanan serta emel anda. Nombor penjejakan akan dipaparkan bila parsel dihantar.
